Senin, 15 Oktober 2012

KEBAIKAN INTERNET

Kebaikan internet yang utama tidak lari daripada sifat atau kegunaan asasnya, iaitu perkongsian. Internet membolehkan maklumat dikirim dan diterima dengan cepat memudahkan kehidupan harian manusia dalam hal komunikasi sesama yang lain.
Disebabkan kemudahan perkongsian ini juga, kita bermanfaat dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dengan mudah dengan menggunakan internet. Kemudahan internet mengubah cara belajar pelajar. Ramai universiti mula menawarkan kursus online. Kos yang lebih murah dan kemudahalihan (portability) merupakan dua tarikan utama pelajar akan memilih untuk belajar di rumah dan berkomunikasi hanya melalui komputer dengan pengajar.
Kebaikan internet juga termasuk pembangunan positif dalam perniagaan. Manfaat ini dirasai kooperate mahupun individu. Internet dijadikan pentas baru bagi peniaga-peniaga untuk menemui pasaran baru mereka. Perniagaan online kian mendapat sambut baik akibat pengguna internet mula mahir membuat pembelian belakangan tahun ini. Hal ini kerana galakan dan dorongan kerajaan juga, memandangkan bisnes global ini menguntungkan ekonomi negara.
Kebaikan internet merupakan topik yang agak umum. Kebaikan internet dalam aspek tertentu sebenarnya sudah cukup memenuhkan satu muka surat kertas putih. Contohnya kita boleh mendalami lagi kebaikan internet dalam perkembangan negara, kebaikan internet dalam perkembangan industri bermaklumat, pengaruh internet dalam pendidikan dan sebagai.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar